I Know Who U R.....

Kau Aku Kita Berbeza

My Supporters

Facebook Supporters

Putera Katak & Puteri Salju

Friday, April 24, 2009




Tersebutlah sebuah kisah antara putera katak & puteri salju:-

Putera katak : Tuan puteri..hamba ingin bertanya.. bagaimana hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Bagaimana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?

*Tuan puteri dengan peliknya mengerutkan dahi kerana katak itu boleh berkata-kata...

Tuan puteri : Emm..En.katak nak tau ke? Baiklah... Sakarang buatapa yang beta titahkan....Jangan banyak soal...

Putera katak : Baiklah.. Apa yang patik kena buat?

Tuan puteri : En. katak pergi mencemar duli ke padang golf di taman larangan istana... Melompat lah kamu diatas padang itu sambil mengira rumput didepan En. Katak... Pilih lah mana yang PALING CANTIK... Tapi ingat! Jangan toleh semula ke belakang walaupun skali...!! Pendek umur kamu nanti....Kemudian En. katak petiklah rumput yang paling cantik dan bawa kepada beta....

Putera katak : Orait... Perintah dijunjung....

*Si katak pun melompat lompat lah mencari rumput yang paling cantik.... Setelah penat melompat, si katak pun pulang ke istana dengan tangan kosong....

Tuan puteri : Mana rumput yang beta minta?

Putera katak : Tadi patik melompat sambil menikmati keindahan rumput2 disitu. Patik carilah yang paling cantik skali. Memang ada yang cantik, tapi cik puteri suruh petik yang paling cantik. Oleh yang demikian patik melompat la tanpa menoleh ke belakang. Kalau tak nanti pendek umur. Cari punya cari, dah sampai hujung padang. Letih juga. Dah lah luas gila, tak ada pulak rumput yang paling cantik. Mungkin ada diantara kat belakang saya sebelum tu, tapi tak boleh patik menoleh semula. Pendek umur patik. Jadi tak ada lah rumput yang patik petik....

Tuan puteri : Begitu lah perumpamaannya. Maknanya bila kita telah jumpa orang yang kita sayang, jangan lah kita nak cari yang lebih baik dari itu. Hargailah orang yang ada depan mata kita sebaik baiknya. Janganlah kita menoleh belakang lagi kerana yang dah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang dah berlalu takkan berulang. Kalau ada selisih faham dengan orang yang kita sayang, kita boleh perbetulkn keadaan dan teruskn hubungan. Walaupun banyak yang menggugat perhubungn itu dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik..macam rumput tadi juga....

oleh itu, sayangilah orang yang ada depan mata kit dengan tulus dan ikhlas..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


2 comments: to “ Putera Katak & Puteri Salju

Visitor Referrer

 

Design by CempakaBiru