I Know Who U R.....

Kau Aku Kita Berbeza

My Supporters

Facebook Supporters

Blogstarz

Friday, November 6, 2009

Modal Tajaan Preblog Sehingga RM 1500 untuk Ahli BlogStarz Baru!!! - Post At 2009-05-08 13:53:09









Blogstarz? Ermm... Aku da lama join tp hampir terlupa tentangnya sehinggalah aku check email aku n terima email dr Moderator ni. So just for sharing utk sesape yg berminat je. Kat bawah aku sediakan semua info. Just read n decide. Keputusan kat tgn korang. Aku x paksa pun klu korang x berminat k. 


Klu nk join KLIK SINI UTK REGISTER 
Untuk info lanjut KLIK SINI atau SINI 


Dari moderator : 
We are inviting you & friends to our :

1) BLOGSTARZ.MY BUSINESS OPPORTUNITY PROGRAM BRIEFING. ( FREE )

  Every Monday 8.30 PM to 10.30 PM
  Every Wednesday 8.30 PM to 10.30 PM
  Every Friday 8.30 PM to 10.30 PM

  Topic : How to generate income through the program.

2) BLOGSTARZ CUISINE CAFE BUSINESS OPPORTUNITY PROGRAM BRIEFING. ( FREE )

  Every Tuesday 8.30 PM to 10.30 PM
  Every Thursday 8.30 PM to 10.30 PM

  Topic : How to generate income through the program.

3) BLOGSTARZ.MY TECHNICAL TRAINING SESSION ( FREE )

  Every Saturday 2PM - 3PM : BLOG SETUP & MARKETPLACE
  Every Saturday 3PM - 4PM : BULK SMS & IOD
  Every Saturday 4PM - 5PM : PAYPAL PAYMENT GATEWAY TRAINING


VENUE :

BLOGSTARZ MANAGEMENT OFFICE
TAGERMEDIA SDN BHD
No 2-1, Jalan 1/76C,
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur

HOW TO ATTEND :

Please make a call to 03 9282 1999 for the attendance



TAJAAN MODAL PREBLOG

PROMOSI SEHINGGA DISEMBER 2009


STATUS
PACKAGE
PRICE (RM)
Point Value (PV)
PreBlogger
Trainee
RM30
-
Blogstarz Blogger
1 Blog Center (100 Preblog Credits)
RM 99
25
Blog Associate
3 Blog Center (300 Preblog Credits)
RM 297
75
Blog Manager
7 Blog Center (700 Preblog Credits)
RM 693
175
Blog President
15 Blog Center (1500 Preblog Credits)
RM 1485
375
Blogstarz Master Center (3000 Preblog Credits)
15 Blog Center + 15 BC for Sale(3000 Preblog Credit)
RM 3,399
850
Konsep Tajaan modal PreBlog





  • Modal yang disediakan oleh TagerMedia Sdn Bhd ialah RM 10 untuk setiap credit.
  • Cadangan harga jualan untuk setiap credit ialah RM 30.
  • Keuntungan adalah 100% untuk setiap blogger ke atas yang menjual credit PreBlog ini.
Kegunaan Preblog





  • Untuk mengaktifkan PreBlogger baru bagi mengenali BlogStarz.my dengan lebih dekat sebagai Trainee, mereka akan membayar RM30 untuk setiap pengaktifkan PreBlog mereka.
  • Pemilik PreBlog boleh menaiktaraf keahlian mereka kepada pakej Blogger ke atas apabila bersedia.
  • Pemilik Preblog tidak layak untuk menaja blogger baru.
Bagaimana caranya?





  • Jadi ahli sekurang-kurangnya Blogger hari ini untuk layak menerima tajaan modal ini.
  • Rujuk kepada Control Panel ruangan ahli di bahagian Account Manager>PreBlog activation untuk mula mengaktifkan PreBlog
  • Terpulang kepada blogger untuk menggunakan credit preblog yang di perolehi mengikut kegunaan sendiri. i.e : membuat banyak blog sendiri.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

Salam buat semua. Aku dapat info ni dr inbox gmail aku. Xtau lar tp ada sorang gurl n sorang mamat posmen ni rajin sgt send email. Aku x knl pown. Tp x kisah lar kan. Arini msa check email aku tertarik lak ngn petua nih. Just nk sharing ngn korang lar. Hehehe... Klu ada sesape yg nk kurus tu leh r try yerk.... Huhuhu... *wink* =D

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini  menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DLM MAKANAN 

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.



22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."



we are made for each other
Love/Romance Comments And Graphics

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Apa itu H1N1?

Saturday, August 15, 2009

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS)
Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas

Simptom-Simpton
Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma

Langkah-Langkah Kawalan

1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakakn daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza-like illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat.

7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009. Moga dapat iktibar.

Info dari : Hazreeni Hazlyn Che Harris

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Visitor Referrer

 

Design by CempakaBiru