I Know Who U R.....

Kau Aku Kita Berbeza

My Supporters

Facebook Supporters

iMBas K3NaNGaN FiRsT TiM3 OuTsTaTioN (kiSaH bENaR)

Wednesday, November 4, 2009


Cerita ni berlaku sekitar tahun 2006. Msa tu aku masih keje kat company lama. Nk dijadikan cerita msa tu barang dr China ada problem. Customer dr Jengka (ALPS) da complaint. Klu nk ikutkan sepatutnya China hantar staff dia utk check balik barang tu. Tp bg mcm2 alasan lak.

Nak xnak kami yg dekat ni lar yg jd mangsa keadaan. Dah lar xde org yg leh g sna. Cri sub-con pun x dpt2. Tension? Tu dah semestinya. Sebab apa tau? Sb bos aku tau yg aku ada pengalaman msa QA Inspection dulu, so aku lar nmpknya yg jd mangsa.

They all mintak aku g sna sementara tgu sub-con dtg. Sb brg tu byk sgt yg ada prob. Aku pun da lupa apa problem dia. Hahaha.... Pagi2 dgn muka toya aku dtg keje cam bese. Baju aku x bwk lg sb bos aku ckp lum confirm.

Tetiba bos panggil aku ckp g breakfast dlu sb jap g nk gerak dah. Whattt???? Damn..!!! Da nk gerak baru inform. Adoii... Masak aku arinih. Aku mintak nk balik umah dlu sb nk kemas baju. (pstt... sebenonyer aku nk bereskan baju yg aku rendam mlm td. xkan nk tinggal mcm tu je kan)

Pas minum pagi, driver terus hantar aku balik umah dlu sementara bos aku siapkan apa yg patut kat opis. Smpi umah, aku sinsing lengan baju n seluar. Uniform aku tanggal la dulu. Kang basah lak. Kakak kat umah aku terkezut tgk aku balik tetiba. Sori lar x sempat nk lyan ckp. Aku kesuntukan msa. Aku capai apa yg patut je. Thanks GOD sb aku ni jenis sempoi jer. X perlu buang msa byk sgt.

Sedang aku siap kemas, bos call ckp da kuar opis. kjap lg smpi. Smpi bwah suma pndg aku pelik. Driver tny umah aku banjir ke? Aaaaaa??? Adoiii... Malu weh.. Tp wat bodo jew r. Rupanya aku lupa turunkan seluar aku td. Ngeh ngeh ngeh....

Smpi Jengka da ptg. Pas jumpa org yg patut, (aku pun da x brape igt lg)n uruskan apa yg patut, kami tgk dulu brg2 yg ada problem tu. Arini x sempat nk sorting sb da ptg. Esok je lar. Ptg tu gak la g cri tmpt penginapan. Lama gak pk nk g bandar ke or just cri chalet yg dkt2 je. Bila pk masing2 da letih, so cri je la chalet yg berhampiran.

Finally, ada satu chalet. Nmpk suram jew. X rmai penghuni. X perlu la aku taip kat cni nma chalet tu kan. Sape yg tau tu faham sudah. Pas dpt kunci, masing2 g bilik. Aku dok sorang je coz aku je gurl. Driver n bos aku kat bilik sblh.Bos pesan klu ada pape ketuk pintu. Aku angguk je. Aku faham bos aku tu. Bkn senang tau nk dpt bos yg take care staff dia mcm tu.

Masuk bilik je, aku mmg rasa suram sgt. Tah lar. Perasaan aku je kot. Tp siyes bilik tu mcm ada yg x kena. Aku mlas nk ckp je. Baru nk senang lenang atas katil, ada lak yg ketuk pintu.

Oooo.... bos aku n driver dtg lawat kawasan. Aku ckp ok je. Msa tu aku x check pape lg sbnrnya. Bos just pesan nnt dlm kul 8 kuar g mkn. Aku angguk je tanda faham. Pas diaorg kuar, aku terus g mandi. Da siap2 tgk jam awal lg. Pasang la tv. Mak aiii... Cantik lg gambo tv aku kat kg. Blur jer. Cari2 chanel yg clear sket. Ku pujuk hati sendiri... Xpe lar.. Kwasan hutan mcm ni susah dpt chanel kot.

Tgk jam da nk dekat kul 8. Aku capai tepon bilik. Konon nk call bilik sblh la kan. Xde bunyi pape pun. Eh... apasal ni? Aku angkat tepon tu. Aku goncang2. Huh..!!! Rosak rupanya. Aku capai henpon cabuk aku n call bos. Kitaorg mkn kat bandar Temerloh. Kdai tu mcm sepi je xde pelanggan. Xpe lah. Janji perut terisi. Jam baru kul 10 mlm tp jln da lengang. Susah nk nmpk kelibat kete lalu. Mmg sunyi giler. Pas mkn terus balik chalet sb da letih. Mlm tu aku tido mati. Apa pun x sedar. Nasib je leh bgun pg.

Smpi ALPS awal pg. driver sorang lg call ckp sub-con da ON THE WAY dr KL. Lega aku dgr. Yg buat aku benci line tepon kat cni x brape nk clear. Nk msg ngn org KL pun susah. Sape org KL tu? Hahahaha.. Aku pun da lupa.

Ptg tu balik chalet ngn dak2 sub-con tu lar. Mlm pas mkn hantar dak2 sub-con tu balik chalet. Kitaorg patah balik ke Temerloh. G jalan2 sat. Hehehe.. Apa yg ada kat Temerloh ni? Ermm.. sudahnya bos call Arman ajak minum. Lama gak la bersidai kat kdai pekena teh tarik. Pastu balik chalet. Mlm ni mcm susah je nk tido. Aku sempat menung kat balkoni. Nmpk luar suram sgt. Aku tutup sliding door. Tutup lampu n tarik selimut. Good nite.. Nk tido dh. Tapii.....

Tokk.. tokk.. tokk... Ah.. Sudah..!!! Apa lak kali nih. Aku jeling sliding door sb bunyi dtg dr arah sana. Aku diam je. X lama pastu bunyi ketuk kat pintu lak.. Aku tau dh apa mende tuh.. Aku terus membatukan diri. (Masa aku taip ni pun tengkuk aku da meremang) X lama pastu hujung katil mcm ada org duduk. Alahai... da makin dekat dh..

And.. finally dia ketuk meja kecik tepi katil aku. Omakkkk...!!!! Aku terus tarik selimut selubung mematikan diri. Aku xnk tau apa jd kat luar tu. Aku cuma ckp dlm hati (AKU X GANGGU KO TLG JGN GANGGU AKU. AKU NK TIDO JE.)Gigil gak la pale lutut aku msa tuh. Sudahnya aku tido dlm ketakutan. Bgun pg tu satu bdan rsa sgt sakit.

G keje aku rsa ngantuk sgt2. Bila bos tny nape aku ckp je mlm td xleh tido. Sb tu ngantuk. Tp aku x crite hal sebenar. Mujur je hari ni hari last aku kat cni sb dua2 driver ada kat cni. Sorang kna balik KL. So aku ikut la skali sb aku da xde baju. Aku nk balik.

Smpi KL, aku masuk opis ngn muka toya. Aku follow up jap keje aku yg terabai. Tgk scheduling. Check order request. Confirm shipment. Check email. Then aku balik umah. Bos aku stay kat sna ngn dak2 sub-con.

Once bos aku da balik cni baru lar aku buka cerita. Pasal tv buruk, tepon jahanam n... TEMAN TIDO AKU MALAM TU. Suma terkejut. Bos ckp no wonder muka aku pucat pg tu. Muka x ckup tido. Risik punya risik mmg chalet tu da byk cerita. Da ramai yg kna ganggu. Suma tny nape aku x cerita awal2. Tah lar. Mulut aku mcm kna gam msa tu. Pape pun tu lar pengalaman aku yg x dpt aku lupa smpi bila2. Best kan bila tido berteman nih. Huhuhu...

Pesanan aku, klu nk cri penginapan msa outstation cri lar tmpt yg x sunyi, rmai org n ada sambutan. Klu nmpk mcm suram je tu jgn lar cari penyakit.. Sekian saja utk kali nih. Lain msa aku cerita lagi.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KanToi

Tuesday, November 3, 2009


aKu DaPaT C3RiTa NiE DaRi InBoX aKu. NaK sHaRe NGaN KoRaNG LaR...
BaCa NieH...

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak..

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

Isteri : ????!!!!!

Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Cinta Terlarang

Saturday, May 16, 2009

Ayahku kekasihku

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.

Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu.

Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.
Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.

Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun.

Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.

Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta... Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di rumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.

Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Visitor Referrer

 

Design by CempakaBiru