KanToi
Tuesday, November 3, 2009
aKu DaPaT C3RiTa NiE DaRi InBoX aKu. NaK sHaRe NGaN KoRaNG LaR...
BaCa NieH...
Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.
Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?
Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak..
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...
Isteri : ????!!!!!
Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!
0 comments: to “ KanToi ”
Post a Comment